Logo E50_1

ENG   |   BM

PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR

NOVEMBER 2022

  • 00Hari
  • 00Jam
  • 00Minit

Panggilan untuk Pencalonan

Mengenai enterprise 50 (e50)

Anugerah Enterpris 50 (E50) adalah program anugerah tahunan yang dianjurkan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia), agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Deloitte Malaysia dan sokongan daripada Malaysia SME, Media Prima, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), RHB Bank Berhad, TM Unifi dan SME Bank untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian cemerlang syarikat tempatan yang berdaya usaha.

Program anugerah ini bermula pada tahun 1997, dan tahun 2022 merupakan tahun ke-23 penganjuran Enterpris 50, menjanjikan satu lagi program khusus untuk PKS yang sangat  bermakna, dengan semangat dan dorongan berterusan untuk mencapai prestasi dan impak yang terbaik.

Setiap tahun, sebanyak 50 pemenang dipilih daripada kalangan pencalonan yang diterima. Penilaian bebas dibuat berdasarkan faktor kewangan dan bukan kewangan. Sepanjang penganjuran Program Anugerah E50, program ini telah berjaya mempromosikan dan mempamerkan perusahaan yang berdaya saing dan berdaya tahan, terutamanya dalam menghadapi cabaran global dalam ekosistem perniagaan yang tidak menentu.

objektif program anugerah e50

Mendorong tahap kecemerlangan yang lebih tinggi di kalangan syarikat tempatan dan memberi pengiktirafan ke atas sumbangan syarikat ke arah pembangunan negara serta menggalakkan mereka untuk memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi.

E50 2013 (13).JPG

pendaftaran

Kelayakan syarikat untuk Anugerah E50 ditetapkan dengan kriteria-kriteria dibawah:-

    • Perlu memenuhi definisi PKS dengan 40% ekuiti tempatan;
    • Penarafan 4 bintang ke atas dalam program SCORE;
    • Tidak tersenarai di mana-mana papan utama;
    • Terbuka kepada syarikat induk atau anak syarikat. Anak syarikat tidak layak sekiranya syarikat induk telah mengambil bahagian; dan
    • Mesti mempunyai rekod kewangan yang telah diaudit selama 3 tahun.

Calon disarankan untuk memenuhi perkara-perkara berikut:

  1. Perlu menyerahkan borang pencalonan yang lengkap sebelum tarikh tutup dan pastikan borang pencalonan dilengkapkan dengan butiran berikut:

    • Dicadangkan agar Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan syarikat mengisi borang pencalonan bagi memastikan ketepatan maklumat syarikat dan integriti;
    • Setiap soalan dan subseksyen perlu dijawab dengan lengkap. Penggunaan titik bulet (bullet points) adalah dibenarkan; dan
    • Nyatakan kajian kes dan contoh yang berkaitan dalam jawapan yang dikemukakan.
  2. Sila kemukakan salinan rekod kewangan yang telah diaudit selama 3 tahun beserta bayaran pemprosesan berjumlah RM1,500 melalui JomPAY, Kod Pengeluar Bil: 18887. (Sila ambil perhatian bahawa akaun pengurusan/rekod kewangan yang tidak diaudit TIDAK AKAN DITERIMA).

    SEKRETARIAT ENTERPRIS 50

    SME Corp. Malaysia

    Level 4, SME 2, Block C

    Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2

    Kuala Lumpur Sentral

    50470 Kuala Lumpur

  3. Penyerahan borang pencalonan yang lengkap beserta bayaran pemprosesan dan rekod kewangan yang telah diaudit membuktikan PKS sudah membaca dan bersetuju dengan peraturan pentadbiran bagi program Anugerah E50.

  1. Maklumat yang dinyatakan dalam borang pencalonan bersama semua fakta yang dilampirkan adalah benar dan betul;
  2. Keputusan penganjur adalah muktamad dan bagi syarikat yang tidak disenaraikan, segala maklumat syarikat akan dirahsiakan;
  3. Sebarang penjelasan dan maklumat tambahan berkaitan syarikat yang diperlukan oleh penganjur perlu disediakan;
  4. Semua aktiviti publisiti dan garis panduan (termasuk peraturan mengenai penggunaan logo E50) seperti yang ditetapkan oleh penganjur untuk 50 pemenang perlu dipatuhi;
  5. Sekiranya syarikat melanggar mana-mana syarat pencalonan, penganjur boleh membatalkan anugerah; dan
  6. Penarikan diri daripada Anugerah E50 atas kerelaan sendiri setelah mengemukakan borang pencalonan adalah melanggar syarat pencalonan, yang mana yuran pemprosesan dan semua dokumen yang telah diserahkan tidak akan dikembalikan.

Setelah menerima borang pencalonan, rekod kewangan yang telah diaudit beserta bayaran penuh, setiap syarikat yang mengambil bahagian akan dinilai berdasarkan dua (2) bidang keutamaan

  1. Petunjuk Kuantitatif
    • Strategi Pertumbuhan;
    • Visi;
    • Inovasi utama;
    • Modal Insan;
    • Proses Perniagaan;
    • Kewujudan Pasaran; dan
    • Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat
  2. Petunjuk Kualitatif
    • Poster Kompetetive
    • Strategi Pertumbuhan;
    • Visi;
    • Inovasi utama;
    • Modal Insan;
    • Proses Perniagaan;
    • Kewujudan Pasaran; dan
    • Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat

(Nota: Untuk memelihara kerahsiaan, maklumat kewangan syarikat secara individu TIDAK akan dikongsikan secara terbuka. Maklumat kewangan hanya akan digunakan untuk tujuan penarafan dan akan diterbitkan sebagai peratusan atau nisbah. Walau bagaimanapun, keuntungan dan angka lain boleh digunakan secara dalaman bagi tujuan penyelidikan).

 

Semua syarikat akan diberikan markah berdasarkan prestasi mereka dalam dua (2) bidang ini. Sesi lawatan syarikat yang disenarai pendek akan diadakan untuk tujuan verifikasi. Kedudukan prestasi semua syarikat yang mengambil bahagian akan dibuat sebelum diserahkan kepada Panel Juri Bebas.

Panel Juri Bebas akan bersidang untuk menetapkan dan memoderasi kedudukan semua syarikat yang mengambil bahagian. Nombor kedudukan dan markah semua syarikat yang mengambil bahagian adalah mutlak dan akan disenarai pendekkan sebagai 50 pemenang.

Majlis Pelancaran & hari penghargaan e50

1 Mac 2022,  Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

jelajah e50

v12 POSTER DESIGN EDM E50 ROADSHOW-01-01-01

pendaftaran

Daftar di sini untuk menyertai Program Capaian di Kuala Terengganu, Terengganu DAFTAR

Daftar di sini untuk menyertai Program Capaian di Kota Kinabalu, Sabah DAFTAR

Daftar di sini untuk menyertai Program Capaian di Johor Bahru, Johor DAFTAR

Daftar di sini untuk menyertai Program Capaian di Kuching, Sarawak DAFTAR

Daftar di sini untuk menyertai Program Capaian di Pulau Pinang DAFTAR

f.a.q

Kami sedar bahawa situasi sekarang amat mencabar. Walau bagaimanapun, kejayaan yang berterusan dan semangat keusahawanan perniagaan tempatan telah memberikan kami harapan. Kami percaya bahawa PKS yang mampu menonjolkan prestasi yang baik dalam keadaan ekonomi hari ini layak menerima pengiktirafan dan galakan kolektif untuk terus berjuang.

E50 adalah sebuah program anugerah yang berasaskan pencalonan. PKS perlu menghantar maklumat tentang syarikat melalui borang pencalonan yang lengkap kepada pihak penganjur untuk dinilai dan dipertimbangan sebagai 50 syarikat terbaik.

PKS dari mana-mana sektor yang beroperasi di Malaysia layak mengambil bahagian, namun tertakluk kepada kriteria kelayakan:

    • Perlu memenuhi definisi PKS dengan 40% ekuiti tempatan;
    • Penarafan 4 bintang ke atas dalam program SCORE;
    • Tidak tersenarai di mana-mana papan utama;
    • Terbuka kepada syarikat induk atau anak syarikat. Anak syarikat tidak layak sekiranya syarikat induk telah mengambil bahagian; dan
    • Mesti mempunyai rekod kewangan yang telah diaudit selama 3 tahun.

Syarikat-syarikat yang berjaya disenaraikan sebagai penerima Anugerah E50 akan dimaklumkan secara rasmi pada bulan Oktober. Senarai kedudukan syarikat akan hanya dimaklumkan semasa Majlis Makan Malam Anugerah E50.

Terdapat dua (2) bidang yang akan dinilai, iaitu:

1. Postur Aktif –

    • Assess how the company has positioned itself for future success; and
    • Understanding the competitor and its industry, its deliberate and thought-out strategy and business plan and resource alignment (effective usage of the company’s resources will be evaluated).

2.Kemahiran Operasi –

    • Menilai kecekapan dan kesediaan operasi syarikat;
    • Di bawah skop Kemahiran Operasi, kewangan semasa akan dinilai:
      • Pertumbuhan hasil – mengukur keberkesanan operasi;
      • Margin operasi – mengukur kecekapan operasi;
      • Kecekapan aset – menilai kecekapan pelaburan syarikat; dan
      • Jangkaan - menilai faktor yang mempengaruhi prospek masa depan syarikat.

Kami percaya 50 adalah jumlah yang bersesuaian dengan saiz negara.

Jawatankuasa Pemandu tidak mempunyai asas terhadap mana-mana calon dan terus kekal bebas. Selain itu, rakan kongsi strategik kami juga merupakan sebahagian daripada panel hakim bebas.

Para calon dan juga pemenang tidak mempunyai sebarang tanggungjawab terhadap penganjur.

E50 diwujudkan khusus sebagai anugerah domestik. Anugerah ini turut dikenali di peringkat antarabangsa untuk mengiktiraf kecemerlangan perniagaan di pasaran domestik. Negara Singapura dan Indonesia turut mempunyai anugerah yang serupa.

FAEDAH MENJADI PEMENANG E50

Pemenang akan mendapat manfaat dengan faedah-faedah berikut:

    • Trofi dan sijil E50 akan disampaikan di Majlis Makan Malam Anugerah E50;
    • Tempat duduk eksklusif percuma di Majlis Makan Malam Anugerah E50, di mana pemenang akan berpeluang untuk menjalinkan hubungan perniagaan bersama syarikat terbaik negara;
    • Menerima liputan media dalam bentuk media cetak dan digital;
    • Menerima sokongan dan tanda pengiktirafan kecemerlangan untuk syarikat yang memenangi Anugerah E50;
    • Diberikan hak untuk menggunakan Logo E50 pada bahan-bahan promosi dan imej korporat; dan lain-lain.

hubungi kami

PENGANJUR

penganjur bersama