Mengenai E50

Memperkenalkan Enterprise 50

Anugerah Enterprise 50 (E50) adalah program anugerah berprestij bagi mengiktiraf pencapaian 50 PMKS terunggul di Malaysia. Diperkenalkan pada tahun 1997, Anugerah ini bertujuan untuk mendorong pencapaian syarikat yang lebih cemerlang di kalangan syarikat tempatan di samping menggalakkan PMKS untuk memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi negara.

50

Pemenang akan dipilih daripada pencalonan yang diterima dimana penilaian terhadap kedudukan kewangan serta operasi syarikat akan dilaksanakan secara menyeluruh.

Objektif Program E50

Mendorong pencapaian syarikat yang lebih cemerlang di kalangan syarikat tempatan serta memberi pengiktirafan ke atas sumbangan syarikat ke arah pembangunan negara.

Lihat senarai PEMENANG E50

Lihat semua foto

Faedah Pemenang E50

manfaat Anugerah Enterprise 50

  • Diiktiraf 50 PMKS terbaik di Malaysia
  • Penjenamaan sebagai syarikat yang berprestij
  • Hak menggunakan logo E50
  • Diberi keutamaan sertai program SME Corp. Malaysia termasuk sesi Padanan Perniagaan
  • Dikenalpasti sebagai berpotensi untuk tersenarai di Bursa Malaysia

Enterprise 50

Bertemu dengan pemenang

Majlis Pelancaran E50

Jelajah E50

Daftar untuk menyertai Program Capaian

Sarawak

5 Mac 2024

P. Pinang

8 Mac 2024

Sabah

30 April 2024

Johor

7 Mei 2024

Terengganu

9 Mei 2024

Penyertaan E50

Daftar untuk menyertai e50

Tarikh Permohonan bagi Permohonan E50 : 30 Jun 2024.

  • Memenuhi definisi PMKS
  • Mendapat penarafan 4 dan 5 bintang di bawah SCORE
  • Tidak tersenarai di Bursa Malaysia
  • Mempunyai penyata kewangan tahunan yang diaudit
  • Anak syarikat tidak layak sekiranya Syarikat induk mengambil bahagian
  • Yuran penyertaan: RM2,000.00
  • Pencalonan bagi Anugerah Enterprise 50 (E50) perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web https://mybpi.smecorp.gov.my
  • Dicadangkan agar Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan syarikat yang mengisi borang pencalonan bagi memastikan ketepatan maklumat syarikat.
  • Maklumat yang dikemukakan bersama semua dokumen-dokumen yang dilampirkan semasa pencalonan adalah benar dan betul;
  • Keputusan penganjur adalah muktamad dan maklumat syarikat yang tidak tersenarai adalah dirahsiakan;
  • Syarikat perlu memastikan penjelasan dan maklumat tambahan yang berkaitan dikemukakan kepada penganjur;
  • Syarikat yang tersenarai sebagai pemenang perlu mematuhi semua aktiviti publisiti dan garis panduan (termasuk peraturan mengenai penggunaan logo E50);
  • Pihak penganjur boleh menarik balik anugerah sekiranya syarikat melanggar mana-mana syarat pencalonan yang telah ditetapkan; dan
  • Penarikan diri daripada Anugerah E50 atas kerelaan sendiri setelah mengemukakan pencalonan adalah melanggar syarat pencalonan, dan menyebabkan yuran pemprosesan dan semua dokumen yang telah diserahkan tidak akan dikembalikan.
  • Setelah menerima pencalonan beserta dokumen lengkap, setiap syarikat yang mengambil bahagian akan dinilai berdasarkan dua (2) bidang keutamaan

    • Petunjuk Kuantitatif
      • Strategi Pertumbuhan;
      • Visi;
      • Inovasi utama;
      • Modal Insan;
      • Proses Perniagaan;
      • Kewujudan Pasaran; dan
      • Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat
    • Petunjuk Kualitatif
      • Tahap Daya Saing
      • Strategi Pertumbuhan;
      • Visi;
      • Inovasi utama;
      • Modal Insan;
      • Proses Perniagaan;
      • Kewujudan Pasaran; dan
      • Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat

    (Nota: Untuk memelihara kerahsiaan, maklumat kewangan syarikat secara individu TIDAK akan dikongsikan secara terbuka. Maklumat kewangan hanya akan digunakan untuk tujuan penarafan dan akan diterbitkan sebagai peratusan atau nisbah. Walau bagaimanapun, keuntungan dan angka lain boleh digunakan secara dalaman bagi tujuan penyelidikan).

    Semua syarikat akan diberikan markah berdasarkan prestasi mereka dalam dua (2) bidang ini. Sesi lawatan syarikat yang disenarai pendek akan diadakan untuk tujuan verifikasi. Kedudukan prestasi semua syarikat yang mengambil bahagian akan dibuat sebelum diserahkan kepada Panel Juri Bebas.

Panel Juri Bebas akan bersidang untuk menetapkan dan memoderasi kedudukan semua syarikat yang mengambil bahagian. Nombor kedudukan dan markah semua syarikat yang mengambil bahagian adalah mutlak dan akan disenarai pendekkan sebagai 50 pemenang.

FAQ

Tanya Soalan Lazim

  • Syarikat perlu mengisi butiran maklumat yang diperlukan di pautan https://mybpi.smecorp.gov.my bagi tujuan penilaian dan pertimbangan sebagai 50 syarikat terbaik.
  • Semua pencalonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan sepertimana yang disenaraikan di atas.
  • Syarikat-syarikat yang telah disenarai pendek sebagai Penerima Anugerah E50 akan dimaklumkan secara rasmi semasa Majlis Anugerah Enterprise 50 (E50).

Penilaian adalah berdasarkan kepada kedudukan kewangan serta operasi syarikat secara menyeluruh mengikut kategori-kategori berikut:

  • Petunjuk Kuantitatif
    • Strategi Pertumbuhan;
    • Visi;
    • Inovasi Utama;
    • Modal Insan;
    • Proses Perniagaan;
    • Kewujudan Pasaran; dan
    • Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat
  • Petunjuk Kualitatif
    • Tahap Daya Saing;
    • Strategi Pertumbuhan;
    • Visi;
    • Inovasi Utama;
    • Modal Insan;
    • Proses Perniagaan;
    • Kewujudan Pasaran; dan
    • Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat

Berdasarkan kepada populasi semasa syarikat yang mempunyai penarafan 4 dan 5 bintang di dalam pengkalan data SCORE, bilangan 50 ini adalah berkadar terus dengan populasi syarikat.

Penilaian akan dilaksanakan oleh beberapa panel juri bebas, yang diiktiraf, di mana satu Jawatankuasa Pemandu akan dibentuk bagi menilai serta mempertimbangkan senarai pencalonan yang diterima.

E50 diwujudkan khusus sebagai anugerah domestik. Anugerah ini turut dikenali di peringkat antarabangsa untuk mengiktiraf kecemerlangan perniagaan di pasaran domestik. Negara Singapura dan Indonesia turut mempunyai anugerah yang serupa.

Hubungi Kami

hubungi kami hari ini!

MatchMe

Luaskan perniagaan dengan memanfaatkan platform rantaian bekalan atas talian kami pada bila-bila masa & di mana sahaja anda berada!

Penganjur
Anugerah E50

Penganjur

Penganjur

Penganjur Bersama